![]() |
Husna, Danish, Khairina, Amani & Syafiya |
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Cuti Yang Ohsem Bila Dapat Berkelah Bersama Keluarga | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. hari nih, hujan turun dengan lebatnya di bumi Terengganu. Dah lama tak hujan kan.. Jom kita berdoa..
"Allahumma sayyiban nafi'a"
Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.(HR Bukhari).
Cuti hari pekerja yang lalu iaitu 1 Mei, ramai yang bercuti dan balik kampung kan. Begitu jugak lah ngan adik beradik ain.. Ada yang balik dan ada jugak yang tak balik.. Tapi takpe, boleh jugak bergathering ngan family kan walaupun tak cukup kuota.
Seronok sangat bila dapat berkelah, main air terjun dengan anak-anak buah. Seronok bila tengok dieorang semua happy-happy.. Woaahh!! Bila la nak dapat anak sendirik nih?? haha.. kawin pon idok agi.. verangan sangat kan.. =.="
Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga ke Kampung Payung di Setiu, Terengganu. Sebenarnya, kami p hantar pekerja ibu yang demam ke rumahnya.. Sambil-sambil tuh, papa cadang untuk bawak kami pergi berkelah di air terjun.
Sesudah jek sampai kat sana, makanan dah siap terhidang, papa dan ibu pergi awal ke sana, so dieorang sediakan makanan dulu kat sana.. Kami yang keretapi tertinggal nih, datang basuh tangan dan ngap jek la.. ekekeke... ^_^
![]() |
Ikang Singgang, Ayam goreng, Sambal Belacan, Sayur Kangkung.. Mabeles luncheon!! |
Dalam otak ain, ain pikir air terjun lah kan.. yang jauh tersorok di balik gunung ganang.. Tapi pikiran ain meleset, bila sampai jek kat umah adik tuh.. rupa-rupanya air terjun atau aliran sungai air terjun tuh juz belakang umah die jek..
Perghhh!! memang seronok habis lah, memang silap tak bawak baju untuk mandi.. :'(
![]() |
Kemain eksaited dieorang nak mandi air sungai~ |
![]() |
Jalan tak sampai 5 minit dari rumah, terus boleh terjun!! |
![]() |
Tengoklah BEN 10 mandi sungai.. kikiki =P |
![]() |
Ohsem giler, air yang jernih dan bersih! |
![]() |
Peace no war!! |
In shaa Allah, akan datang boleh lah serang lagi rumah yang belakang nya ada sungai yang jernih dan cantik tuh.. Haa.. korang.. dapatkan Panduan untuk Mendidik anak -->>Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!supaya anak-anak tak degil dan menjadi anak yang cemerlang.. In shaa Allah berjaya..
Jazakumullahu Khairan Khatira.. Adios~ ^_^