![]() |
Kami mencari vendor untuk kemasukan bulan Januari ^_^ |
Vendor Concept Boutique Di Kuala Terengganu | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, Alhamdulillah hampir 6 bulan Artmoresphere Clothing bertapak di Kuala Terengganu. Dan alhamdulillah, seramai 16 vendors setakat hari ini dan bakal bertambah lagi bulan Januari nih, in shaa Allah berada di Butik kami. Dan perjenamaan produk kami bakal dikenali oleh seluruh pelusuk rakyat Malaysia. Wahh.. gitu haa.. ayat skema semacam jek..
Okeh, ain nak share tentang vendors nih. Butik yang berkonsepkan vendor nih merupakan satu trending buat kaki butik online dan offline pada masa sekarang. Bagi mereka yang membuat perniagaan secara online, tak kira lah jual baju ke, jubah, baju kurung, kemeja, blouse, t-shirt, seluar, skirt, shawl, tudung, makanan seperti, biskut, buble rice coklat ke, aksesori ke dan lain-lain lagi, mereka amat suka butik yang berkonsepkan vendor.
Vendor Concept Boutique Di Kuala Terengganu
Sebab apa?? Sebab, mereka hanya perlu sewa tapak atau slot atau sebahagian rak pakaian atau rak pameran produk di butik tersebut untuk pamerkan produk mereka dan dalam masa yang sama mereka akan bagitahu kat customer dieorang yang produk mereka ada di butik tersebut. Haaaa... gitu... paham tak? klu tak paham, korang boleh tengok contoh #sincerelybyushawls punya butik.
Kirenye dalam satu butik, akan terdapat beberapa vendors atau jenama/produk dalam tuh. Senang kan.. di samping korang leh usha produk kami, korang jugak boleh usha produk2 vendors lain. Jadi konsep vendors nih akan memberi banyak pilihan kepada semua.
Kelebihan untuk Vendors:
1- Produk boleh dipamerkan di dalam butik
2- Boleh kembangkan lagi produk anda di kawasan kami iaitu di Kuala Terengganu.
3- Customer dapat melihat sendiri produk anda di butik kami.
4- Customer terus direct membuat pembelian di butik kami.
5- Tak perlu bayar sewa yang tinggi untuk pamerkan produk.
6- Kemungkinan besar customer kami berminat dengan produk anda.
7- Vendors hanya perlu promosikan produk di online market ( FB, Intagram, Twitter, Website, Whatsapp etc.)
Kelebihan untuk Customers:
1- Anda akan disediakan dengan pelbagai pilihan pakaian, shawl, tudung, makanan dan aksesori.
2 - Anda tak perlu lagi tuggu abang posmen ke rumah, juz terus dapatkan produk kesukaan anda kat butik kami.
3- Tak perlu susah-susah pergi bank in duit dan penuh dengan keraguan atas online shopping. Juz datang butik kami, dan boleh terus tengok baju, seluar, shawl yang korang suka depan mata dan bleh terus beli!!
4- Harga in shaa Allah berpatutan...
5- Tak perlu p banyak-banyak tempat utnuk dapatkan barang yang korang nak, all in one roof!!
Jadi, ain mengajak semua online dan offline sellers, meh join vendor di butik Artmoresphere Clothing. Boleh direct whatsapp: 014-5498028 untuk info selanjutnya.
![Vendor Concept Boutique Di Kuala Terengganu Vendor Concept Boutique Di Kuala Terengganu]()
5- Tak perlu p banyak-banyak tempat utnuk dapatkan barang yang korang nak, all in one roof!!
Jadi, ain mengajak semua online dan offline sellers, meh join vendor di butik Artmoresphere Clothing. Boleh direct whatsapp: 014-5498028 untuk info selanjutnya.
FB Page: Artmoresphere Clothing
Instagram: @artmoresphere