![]() |
Sup bebola daging yang memang lite dan fresh |
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Makan-Makan Di Restoran Cina Muslim Setapak | Assalamualaikum dan petang semua.. Petang-petang nih, memang buat perut kita bergurindam kelaparankan. Ada yang p sebat goreng pisang dan keropok lekor, malah ada jugak yang dah makan malam time-time gni.
Hari nih, ain nak kongsi ngan semua sebuah Restoran Cina Muslim yang terletak di Setapak. Restoran Cina Muslim yang berkonsepkan makanan tradisional Cina yang sangat sedap lagi menarik hati sesiapa sahaja yang mencubanya.
Restoran nih terletak berhampiran dengan LRT Wangsamaju, jadi sesape yang tinggal berhampiran tuh, boleh lah try makanan tradisional cina ini. In shaa Allah dijamin halal kerana pemiliknya Encik Yusuf Chan adalah Chinese Muslim.
![]() |
Jom kita usha menu-menu nya.. |
![]() |
Kebanyakan menu terdapat daging kambing.. Makanan Sunnah tuh.. =) |
![]() |
Special Menu.. Kambing Pedas ataupun Roast Mutton Chop. |
![]() |
Cendawan goreng.. Memang sedap gilesss!!! |
![]() |
Walaupun pedas, anak-anak pun suka makan tau.. =P |
Makan-Makan Di Restoran Cina Muslim Setapak
Perghhhh!! Memang dah lama giler tak p makan kat sini.. In shaa Allah, jika ada peluang dan rezeki ke sini, boleh lah kita p lepak makan kambing pedas tuh yep.. Memang terbaik dari ladang.. Rempah-rempah dia memang sedap, dengan daging kambing yang lembut dan memang sedap makan begitu sahaja. Rasa rempah die lebih kurang macam makan ayam Uncle Bob!
Jadi, jom lah sesape yang tinggal di Setapak, Wangsamaju atau kawasan sekitar tuh p try makanan kat sana. Pekerja kat sana memang tak berbahasa melayu.. Jadi, dieorang akan cakap omputih tak pun cakap bahasa cina.. ekekkee.. buat-buat paham jek lah kan..kikikikikiki..
Okies, sekian dulu, penat duk work out tadi, sakit pinggang.. macam nenek tua dah nih.. hiksss.. Jazakumullahu Khairan Khatira.. adios~ ^_^
![]() |
Tak paham lah ape die tulis.. hahaa.. |
Restoran Cina Muslim
Chinese Muslim Traditional Food
GPS: 3.208888; 101.728635
No. 8A GRD Floor Jalan 4/27F
Off Jalan Genting Klang Desa, Setapak
53300 Kuala Lumpur
Reservation: Yusuf Chan
034-131 8144
010-517 3269