Quantcast
Channel: Norain Yusoff
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26

Resepi Kek Batik Yang Simple Lagi Sedap

$
0
0
Resepi Kek Batik Yang Simple Lagi Sedap
google images

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Resepi Kek Batik Yang Simple Lagi Sedap | Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Cuaca skang amat lah panas kan.. Kalau kat Terengganu nih, memang tak menahan panasnya.. Angin pun takde.. maka pokok pun tak bergoyang lah kan..

Hari nih, ain nak berkongsi ngan semua Resepi Kek Batik yang begitu simple dan yang pasti sedap. Basically resepi kek batik nih sama jek dengan yang lain-lain.. Cuma ada orang dia suka taruk coklat, ada yang suka taruk cheese, ada yang suka taruk milo sahaja.. Terpulang pada masing-masing punya citarasa lah kan..

Haa.. jadi, ain harap, korang semua boleh try lah Resepi Kek Batik yang simple nih.. Ritu ain ada buat dengan adik yanamasa kat Klang ritu.. then tengok lah dia buat camne.. Memang simple dan kejap jek.. Terus menjadi dan yang bestnye.. Sedaaaappp... hingga menjilat jari =P

Resepi Kek Batik Yang Simple Lagi Sedap 

Bahan-Bahan

- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbuk koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong 

Langkah-Langkah

1. Patah-Patahkan Biskut Marie.
2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.
3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.
4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.
6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.

Haaa.. mudahkan.. sangat mudah, dan bahan-bahannya pun takde lah mahal sangat. Memang Kek Batik nih boleh dijadikan juadah masa Hari Raya nantikan. Memang ramai yang suka makan Kek Batik nih kan.. Jadi, apa kata kita sama-sama cuba dan buat untuk family, kawan-kawan dan juga yang tersayang nanti kan..

Hiksss.. In shaa Allah.. Jazakumullahu Khairan Khatira.. Semoga kita semua berada dalam kebaikan.. Aminn... Adioss~ Selamat Mencuba!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 26

Trending Articles